Sehingga 11 Ogos 2023, sebanyak 91 klinik daif di seluruh negara telah siap dibaik pulih sepanjang tahun ini.
Projek pembaikan yang dijalankan antara lain melibatkan naik taraf struktur bangunan, penggantian bumbung, pendawaian elektrik dan kerja-kerja perpaipan.
Bagi tahun 2023, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA telah mengenal pasti 436 klinik daif yang memerlukan kerja-kerja baik pulih dan naik taraf.
Pihak KKM akan terus melakukan audit ke atas fasiliti kesihatan di seluruh negara bagi memastikan kondisi yang baik demi keselesaan dan keselamatan warga kerja serta para pengunjung.
Be First to Comment