PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Pengurus Besar Nahdatul Ulama (NU) pimpinan Kiyai Haji Yahya Cholil Tsaquf dan jajarannya, semalam.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Anwar menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Rabu.
Menurutnya, pertemuan yang diadakan selepas selesai program Temu Anwar di Jakarta, Indonesia telah menyentuh kepentingan menguasai dan memelihara ilmu turath serta keupayaan membaca situasi semasa.
“Saya singgung pengalaman panjang saya bersama Almarhum Abdurrahman Wahid (Gus Dur), mantan Presiden Indonesia serta pemimpin NU yang saya anggap sebagai sahabat yang setia dari waktu saya hadapi kesukaran dalam perjuangan politik saya.
“Saya juga zahirkan penghargaan kepada kepimpinan NU yang sudi hadir untuk bertemu dan bertukar pandangan,” kata Anwar.
Pada masa sama, beliau turut berharap agar perbincangan seperti itu dapat dilakukan lagi demi manfaat umat.
Sebelum ini, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan sidang-sidang kemuncak berkaitan di Jakarta, Indonesia dari 5 hingga 7 Sept ini.
Be First to Comment