PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menjangkakan penderma organ kepada sejuta populasi dapat dicapai dapam masa terdekat.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, ketika ini nisbah penderma ialah 0.7 kepada sejuta populasi.
“Bagaimanapun, pelbagai usaha telah diambil untuk menggalakkan lebih ramai berikrar sebagai penderma organ,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media tempatan selepas merasmikan Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kebangsaan 2023.
Tambah beliau lagi, ketika ini terdapat 370,130 pengikrar derma organ, dengan 22,268 daripadanya didaftarkan tahun ini, namun kadar pendermaan organ dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi antara 10 negara yang terendah di dunia.
“Terdapat jurang perbezaan yang ketara di antara jumlah pesakit dalam senarai menunggu transplantasi iaitu seramai 10,747 orang, berbanding jumlah penderma organ selepas kematian iaitu 845 orang,” katanya.
Menurut Dr Zaliha, pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendermaan organ termasuk melalui penyampaian khutbah di masjid memandangkan masih ada orang beragama Islam tidak selesa dengan pendermaan organ.
Be First to Comment