Press "Enter" to skip to content

Malaysia, Sri Lanka sedia perkukuh hubungan dua hala – Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 dengan Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe pada Rabu. 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, menerusi pertemuan itu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengeratkan kerjasama dalam pelbagai bidang yang menjadi kepentingan bersama. 

“Ia termasuk pertukaran lawatan di peringkat tertinggi, sektor perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pelancongan dan budaya serta pembangunan sumber manusia,” katanya menerusi satu hantaran di laman sosial, Facebook pada Khamis.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar perjumpaan itu akan memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk meneroka bidang kerjasama baharu dalam usaha mengukuhkan kerjasama sedia ada.

Jelasnya, semoga kerjasama yang terjalin itu dapat membawa manfaat buat rakyat Malaysia dan Sri Lanka.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *