Press "Enter" to skip to content

Dasar Pemisah berjaya pulihkan 60 peratus pegawai kerajaan

PUTRAJAYA – Dasar Pemisah berjaya memulihkan sebanyak 60 peratus pegawai kerajaan yang dan kini kekal dalam perkhidmatan dengan prestasi dan motivasi lebih baik. 

Dasar Pemisah merupakan dasar untuk menamatkan perkhidmatan dan membersarakan pegawai berprestasi rendah daripada perkhidmatan awam dengan nilaian prestasi tahunan kurang daripada 60 peratus serta petunjuk prestasi utama (KPI) di bawah sasaran.

Menurut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, bermula dari 2015 iaitu tahun dasar itu diperkenalkan, ia menunjukkan bahawa peranan pegawai psikologi memberi kesan signifikan dalam membantu penjawat awam mengekalkan kebergunaan mereka serta berprestasi tinggi. 

“Perkhidmatan psikologi kini, merupakan teras utama dalam menguruskan sumber manusia kerana elemen kesejahteraan adalah penentu kepada kecemerlangan perkhidmatan. 

“Bagi memastikan kesejahteraan psikologi merentasi sepanjang perkhidmatan, maka perkhidmatan psikologi perlu dilibatkan dalam urusan utama kementerian, jabatan dan agensi kerana kesemua pelanggan adalah manusia yang perlu disantuni dan difahami keperluan mereka,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Psikologi Perkhidmatan Awam Kali Ke-27 Tahun 2023, pada Selasa.

Tambah beliau lagi, perkara tersebut bertepatan dengan elemen ihsan dalam agenda MADANI yang ingin dicapai. 

Dalam perkembangan lain, Mohd Zuki turut melancarkan inisiatif Value Champion Officer (VCO) dengan melantik 15 pegawai daripada Kementerian, Jabatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi melestarikan pembudayaan nilai murni dalam perkhidmatan awam melalui teladan terbaik di organisasi. 

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam memaklumkan, pelaksanaan VCO akan dilaksanakan sepenuhnya bermula tahun hadapan merupakan inisiatif yang selaras dengan Kerangka Strategik Malaysia MADANI dalam mengungguli standard prestasi, kualiti dan kelakuan beretika tinggi dalam kalangan penjawat awam.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *