Press "Enter" to skip to content

Ahli Parlimen Jeli umum isytihar sokong Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Seorang lagi anggota parlimen Bersatu daripada Perikatan Nasional (PN) telah mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bermula pada Rabu.

“Maka dengan ini saya juga mengisytiharkan untuk menyokong sebarang dasar-dasar dan inisiatif yang Kerajaan lakukan di dalam memulihkan ekonomi negara serta meletakkan kebajikan dan kepentingan rakyat. 

“Sokongan saya ini berterusan sehingga pilihan raya Umum (PRU) yang seterusnya,” kata Ahli Parlimen Jeli, Zahari Kechik.

Zahari berkata, beliau akan terus taat, setia dan kekal sebagai ahli Parti Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Saya bersedia berdepan dan menerima risiko dari tindakan disiplin parti demi mempastikan pengundi-pengundi dan rakyat dalam Parlimen Jeli tidak menjadi mangsa keadaan dan tidak ketinggalan menerima semua bentuk pembangunan dan bantuan dari Kerajaan Pusat.

“Ingin saya tegaskan bahawa pengisytiharan sokongan kepada YAB Perdana Menteri ke 10 ini dibuat tanpa apa-apa paksaan, pengaruh dan tekanan dari mana-mana phak. lanya dibuat atas kerelaan saya sendiri demi Rakyat dalam Parlimen Jeli,” katanya.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *