Press "Enter" to skip to content

Anwar Ibrahim akan sampaikan Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2023 pada petang ini 

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Perdana sempena Hari Kebangsaan 2023 di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), pada 2 petang ini.

Amanat berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen media tempatan seperti Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia (RTM), selain menerusi Facebook rasmi perdana menteri dan Kementerian Komunikasi dan Digital.

Ini merupakan amanat pertama Anwar Ibrahim sempena Hari Kebangsaan sejak mengambil alih jawatan perdana menteri pada November tahun lepas.

Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan 2023 bertemakan ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’, akan berlangsung di Putrajaya pada Khamis. 

Ini merupakan kali kelima sambutan Hari Kebangsaan diadakan di Putrajaya iaitu sebelum ini pada 2003, 2005, 2018 dan 2019.

Sejumlah 10 komponen kontinjen akan menyertai acara perbarisan dan perarakan pada 31 Ogos iaitu Kenegaraan, Perpaduan Malaysia MADANI, Ekonomi, Perbankan, Telekomunikasi, Industri Kreatif, Komuniti, Sukan Negara, Kesejahteraan dan Keselamatan Negara.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *