PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi ke Singapura untuk lawatan kerja sehari yang padat.
Anwar yang juga Menteri Kewangan hadir bersama isterinya, Datuk Seri, Dr Wan Azizah Wan Ismail menaiki pesawat dan telah mendarat di Kompleks VIP, Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada 10.30 pagi.
Ketibaan beliau disambut oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar.
Dalam pada itu, Kementerian Luar republik itu memaklumkan bahawa Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isterinya akan menjadi hos kepada Anwar dan Dr Wan Azizah pada majlis minum petang.
Lawatan kerja ke Singapura merupakan kali pertama sejak Anwar memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.
Pada lawatan kerja itu, Anwar menyertai dua sesi khas pada Sidang Kemuncak Asia ke-10 Milken Institute.
Satu jam pertama iaitu A Conversation with the Prime Minister of Malaysia akan dikendalikan oleh pengacara dan ketua koresponden antarabangsa untuk Asia Tenggara, Bloomberg Haslinda Amin.
Seterusnya, sesi yang memerlukan penglibatan Anwar selama 45 minit lagi ialah Malaysia’s Investment Outlook: A Conversation between YAB Prime Minister and Global Investors dengan Pengerusi Asia Milken Institute Robin Hu sebagai moderator.
Badan pemikir Milken Institute yang berpangkalan di California merupakan badan bukan berasaskan keuntungan dan tidak berpihak, menumpukan kepada mempercepatkan kemajuan untuk kehidupan yang bermakna.
Be First to Comment