Press "Enter" to skip to content

Anwar tidak sokong, memperakui mana-mana pihak tubuh politik baharu – PMO

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyokong atau memperakui mana-mana pihak untuk menubuhkan parti politik baharu.

Tegas Pejabat Perdana Menteri (PMO), pihaknya memandang serius tindakan mana-mana pihak yang secara sengaja menyalahgunakan nama Anwar bagi tujuan tertentu tanpa kebenaran.

“Tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab sekali gus memberi dampak negatif kepada kredibiliti Anwar dan pentadbiran kerajaan.

“Sehubungan itu, PMO menasihatkan agar rakyat tidak keliru dengan kenyataan tidak rasmi yang dikeluarakan oleh mana-mana pihak,” kata pejabat itu menerusi kenyataan pada Isnin.

Sebelum ini media melaporkan, seorang ahli perniagaan bernama P Thiagarajan menyatakan hasrat untuk menubuhkan parti politik baharu berasaskan kaum India di negara ini.

“Saya telah memberitahu kepada Anwar dan beliau berkata ‘teruskan’. Apa jua maklum balas, saya akan sampaikan kepadanya dalam masa yang terdekat,” katanya.

Ahli perniagaan turut mendakwa sebarang keputusan muktamad akan diambil oleh Perdana Menteri mengenai hasratnya untuk menubuhkan parti politik baharu.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *