Press "Enter" to skip to content

Forum Keusahawanan dan Penjanaan Ekonomi bantu usahawan hadapi cabaran ketidaktentuan ekonomi semasa 

KUALA LUMPUR: Pejabat Senator Datuk Seri Zurainah Musa telah menganjurkan sebuah program Forum Keusahawanan dan Penjanaan Ekonomi dengan usahasama beberapa agensi kerajaan iaitu SIRIM, PUNB, TEKUN, MARA, SKM, SME CORP, dan PERNAS. Selain itu, 20 rakan-rakan badan bukan kerajaan (NGO) yang telah dikumpulkan dengan bantuan Pertubuhan HAWA Malaysia untuk turut serta berganding bahu di dalam program ini. Program ini telah berlangsung pada 30 Julai 2023 dari 9.00 pagi sehingga 3 petang di Ibu Pejabat SIRIM, Shah Alam. Ia telah melibatkan hampir 200 peserta dan hadirin.

Program ini dianjurkan untuk menjawab situasi sektor ekonomi negara yang sedang berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk ketidakstabilan pasaran, ancaman teknologi, keperluan tenaga buruh, impak pasca wabak COVID-19 dan persaingan di antara negara lain. Situasi ini telah menggugat industri sektor perniagaan dan usahawan Malaysia untuk berkembang dan menjejaskan kebolehan mereka untuk menjanakan pekerjaan yang berpendapatan tinggi bagi rakyat Malaysia.

Berdasarkan wawasan ekonomi madani yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri baru-baru ini, Malaysia telah meletakkan sasaran untuk menjadi antara 30 negara ekonomi terbesar di dunia. Perkara ini hanya boleh tercapai jikalau perniagaan dan usahawan tempatan dapat bangkit semula untuk meraih peluang dalam negara.

Dengan bantuan agensi-agensi kerajaan, pertubuhan HAWA Malaysia yang dipimpin oleh Yg Bhg Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan Senator Datuk Seri Zurainah Musa selaku Senator lantikan Yang Di-Pertuan Agong yang mewakili sektor korporat, program ini dilaksanakan untuk memperkukuhkan agenda pembangunan usahawan negara.

Program yang dianjurkan telah menyasarkan kepada TIGA (3) fokus usahawan utama iaitu: 1. Usahawan yang baru memulakan perniagaan. 2. Usahawan yang telah berniaga 3 hingga 5 tahun dan ingin mengembangkan perniagaan. 3. Usahawan yang telah berniaga melebihi 5 tahun dan ingin mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa.

Usahawan-usahawan tempatan telah diberikan ilmu dan peluang untuk harus mendapat maklumbalas terus daripada pihak agensi berkaitan cabaran usahawan di Malaysia.

Tarikan program ini adalah sebuah forum yang akan dibarisi oleh wakil-wakil agensi keusahawanan di Malaysia, seperti wakil dari PUNB, PERNAS, MARA, SIRIM, SME CORP, dan TEKUN. Persoalan berkaitan persepsi dan cabaran dalam mendapat insentif agensi kerajaan telah diulas oleh wakil-wakil setiap agensi sewaktu sesi forum program ini.

Selain daripada itu, terdapat rerurai (booth) agensi-agensi berada di luar auditorium sepanjang 9.00 pagi sehingga 3.00 petang untuk memberi peluang kepada peserta-peserta forum mendapat maklumat berkaitan inisiatif dan insentif setiap agensi secara terperinci.

Program ini turut dihadiri oleh beberapa jemputan Khas seperti Yang Berbahagia Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Pengerusi Pertubuhan HAWA Kebangsaan dan malah akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Wira Megat Zulkarnain Bin Tan Sri Omardin, Setiausaha Politik kepada YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri. Lebih menarik lagi, program ini telah disokong oleh sebuah pertubuhan baru iaitu HAWA. HAWA adalah sebuah pertubuhan yang memperkasakan Wanita dan Keluarga bagi mencapai kesejahteraan hidup menuju sebuah negara membangun. HAWA Ekonomi, salah satu kumpulan fokus HAWA Kebangsaan, bertindak sebagai penggerak kepada inisiatif penjanaan ekonomi bagi mampu meningkatkan pendapatan Wanita dan isi rumah dan mengeluarkan mereka dari himpitan kemiskinan.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *