Press "Enter" to skip to content

Gabenor Jeneral New Zealand terima kunjungan hormat Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Gabenor Jeneral New Zealand, Dame Cindy Kiro menerima kunjungan hormat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin di hotel penginapannya jam 2.40 petang.

Pertemuan yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut disertai oleh pasangannya, Dr Richard Davies dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke New Zealand, Mazita Marzuki.

Sementara itu, turut hadir pada pertemuan itu adalah delegasi dari New Zealand iaitu Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, Pam Chong Dunn dan timbalannya, Sharmila Bernau.

Kiro tiba di Malaysia pada Ahad bagi lawatan negara selama empat hari atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ini merupakan lawatan sulung Kiro ke Malaysia dan rantau Asia Tenggara sejak menjawat jawatan Gabenor Jeneral New Zealand pada 21 Oktober 2021.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *