Press "Enter" to skip to content

Gagasan Ekonomi MADANI bukan sahaja untuk sasaran jangka panjang tetapi mengangkat kepentingan menyelesaikan isu keperluan asas rakyat dengan segera – Anwar Ibrahim

Menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia (PERKEM) Ke-16, bertemakan ‘Ketahanan dan Keterangkuman dalam Memacu Pemulihan Ekonomi di Era Ketidakpastian Geo-Politik’.

Saya turut diapit Ketua Menteri Pulau Pinang saudara Chow Kon Yeow dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Zuki Ali.

Saya huraikan cabaran-cabaran ekonomi yang dihadapi bukan sahaja Malaysia tetapi juga kebanyakan negara.

Gagasan Ekonomi MADANI bukan sahaja dengan sasaran jangka panjang tetapi turut mengangkat kepentingan menyelesaikan isu keperluan asas rakyat dengan segera.

Saya turut bangkitkan bahawa usaha kerajaan menarik pelaburan baharu perlu disokong dengan penyediaan tenaga kerja berkemahiran yang bersesuaian dengan keperluan industri.

Sinergi antara ahli akademik dan pembuat dasar perlu diperkukuh bagi memberi impak yang lebih besar kepada rakyat.

Rumusan PERKEM ke-16 ini akan turut diambil kira kerajaan dalam penggubalan dasar-dasar dan inisiatif-inisiatif Kerajaan. – Anwar Ibrahim

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *