Press "Enter" to skip to content

Inisiatif Pemangkin IP360 Metaverse pacu perjalanan negara jadi kuasa besar digital

PUTRAJAYA – Pemangkin IP360 Metaverse telah dilancarkan di Festival Kandungan Digital Malaysia 2023 (MYDCF 2023) dijangka akan memacu perjalanan negara menjadi kuasa besar digital di pentas antarabangsa. 

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Datuk Mohamad Fauzi Md Isa memaklumkan Pemangkin IP360 Metaverse merupakan inisiatif oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). 

Menurutnya, pihak kementerian dengan kerjasama MDEC memikul tanggungjawab dalam memupuk dan membimbing inisiatif tersebut dengan matlamat menyediakan infrastruktur, peraturan dan sokongan yang diperlukan. 

β€œIa bertujuan untuk menyokong penyediaan ekosistem metaverse yang kukuh dan mampan di negara ini.

“Inisiatif ini adalah bukti komitmen Malaysia untuk kekal di barisan hadapan dalam inovasi digital, memupuk ekosistem yang dinamik dan memastikan kerelevanan negara kita dalam era digital.

“Metaverse ini bukan sahaja akan menawarkan dimensi baharu kepada hiburan dan interaksi sosial, tetapi juga berfungsi sebagai platform untuk bidang perniagaan, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pelbagai sektor lain untuk berinovasi dan berkembang maju,” katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan MYDCF 2023 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ( KLCC), pada Jumaat. 

Dalam pada itu, Mohamad Fauzi menjemput semua pihak berkepentingan termasuk syarikat besar  teknologi, syarikat pemula, pencipta kandungan, pendidik, penggubal dasar dan peminat untuk turut serta dalam membentuk Metaverse Pemangkin IP360.

“Bersama, kita boleh memanfaatkan potensi teknologi transformatif ini untuk memacu pertumbuhan ekonomi, memperkasakan rakyat kita dan meningkatkan kedudukan Malaysia di pentas digital global,” katanya.

Kerajaan memperuntukkan RM12 juta kepada MDEC untuk melaksanakan program insentif itu dengan  bertujuan memajukan program metaverse dan realiti lanjutan (XR) yang direka bentuk bagi merangsang peluang pelaburan dan pembangunan negara untuk pencipta kandungan dan studio di Malaysia

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *