Press "Enter" to skip to content

Kerajaan bakal perkenal levi pelbagai peringkat – Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Kerajaan akan melaksanakan levi untuk pelbagai peringkat dalam masa terdekat bagi memastikan peluang pekerjaan untuk warga tempatan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, usaha berkenaan dilakukan juga bertujuan untuk memastikan peralihan kepada automasi dan mekanisasi serta meneruskan dasar pekerja asing tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah tenaga kerja. 

Beliau berkata, ketidakpadanan kemahiran, gaji rendah dan peningkatan produktiviti perlahan merupakan isu utama yang menghalang keupayaan Malaysia beralih kepada ekonomi berpendapatan tinggi.

“Kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah berani untuk memperkenalkan model gaji progresif yang memberikan manfaat bukan sahaja kepada golongan pekerja tetapi juga majikan,” katanya. 

Beliau berkata demikian sewaktu membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Isnin. 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, dasar tersebut melibatkan peningkatan gaji, kemahiran dan produktiviti pekerja manakala majikan akan memperoleh faedah daripada peningkatan produktiviti, kesetiaan pekerja dan daya saing syarikat.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *