Press "Enter" to skip to content

Kerajaan beri bantuan khas RM300 kepada penjawat awam, RM200 pesara

PUTRAJAYA – Kerajaan menyediakan bantuan khas penghargaan kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah sebanyak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen turut menerima bantuan sebanyak RM200.

“Bantuan khas ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak, serta lebih sejuta pesara. Dengan pemberian permulaan ini diharap penjawat awam akan terus berusaha gigih untuk menyokong hasrat melaksanakan pembaharuan.

“Bayaran bantuan berkenaan dijangka dibuat dalam tempoh dua minggu dari sekarang dan pemberian itu diberikan sementara kajian gaji dan elaun diperincikan,” katanya dalam Majlis Peluncuran Ekonomi Madani: Memperkasakan Rakyat, pada Khamis.

Penjawat awam bakal menerima bakal menerima bantuan khas RM300, seiring dengan hasrat dan komited kerajaan dalam menyelaraskan gaji penjawat awam berdasarkan kemampuan semasa kewangan kerajaan.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan memberitahu, kerajaan terus komited untuk menyelaraskan gaji penjawat awam dengan melihat kepada kemampuan kewangan kerajaan.

Menurutnya, menerusi ekonomi MADANI, ia secara tidak langsung memberi perkhidmatan terbaik dan membantu ruang fiskal kerajaan agar hasrat kerajaan untuk merealisasikan gaji baharu perkhidmatan awam menjadi kenyataan

Pada 13 Julai lalu, media melaporkan Anwar memaklumkan bahawa skim gaji penjawat awam akan disaran untuk dinaikkan secara berperingkat berdasarkan keupayaan ekonomi negara.

Cadangan itu dikemukakan dalam mesyuarat dengan Mohd Zuki serta Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Dr Zulkapli Mohamad sebelum Pilihan Raya Negeri pada 12 Ogos ini.

Pada masa sama, Anwar menjelaskan susulan daripada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

“Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta orang iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” ujarnya.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *