Press "Enter" to skip to content

Kerajaan dan NGO Berganding Bahu Jayakan Pemulihan Gaza

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia mengorak langkah besar apabila bergabung dengan Jepun melalui inisiatif Asia Timur bagi mewujudkan dana pembangunan semula di Gaza, Palestin.

Sokongan padu turut dizahirkan oleh Global Peace Mission (GPM) Malaysia, yang melihat kerjasama strategik ini sebagai langkah proaktif demi membina semula infrastruktur kritikal seperti sekolah, hospital dan masjid di wilayah bergolak tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif GPM, Syahrir Azfar Saleh, memaklumkan bahawa pihaknya komited meneruskan misi kemanusiaan melalui #KempenPulihkanGaza.

Antara inisiatif utama ialah pembinaan semula kediaman musnah, pemulihan sistem pendidikan termasuk pembinaan Sekolah Tahfiz Siraj Al-Munir, serta sokongan segera untuk pelajar di Gaza.

GPM turut memperkenalkan program anak angkat bagi membantu anak-anak yatim, di samping merancang langkah pengukuhan ekonomi melalui pembinaan semula Ladang Ternakan Ayam Moden dan Kilang Roti.

Bantuan seperti khemah, makanan ruji, bekalan air bersih dan kit kebersihan juga terus diutamakan.

Dalam pada itu, Mercy Malaysia menerusi kenyataan rasminya di laman Facebook hari ini memuji ketegasan dan keprihatinan kerajaan serta GPM.

“Kolaborasi antara kerajaan, NGO dan rakan antarabangsa akan dapat memastikan bentuk bantuan yang lebih menyeluruh kepada komuniti Gaza.

Pembangunan semula ini harus diberi tumpuan berterusan agar rakyat Palestin mendapat perlindungan dan pendidikan yang berkualiti,” kata Presidennya, Dato’ Dr Ahmad Faizal Perdaus.

Orang ramai yang berhasrat menyumbang atau mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi:
E-mel: pr@gpm.com.my | Tel: (+60)19 241 1987 / (+60)3 4144 3441
Alamat: 33-1, Jalan 2a/27a, Seksyen 1, 53300 Wangsa Maju, Kuala Lumpur

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *