Press "Enter" to skip to content

KPKM telah bincang dengan wakil kerajaan India berkenaan isu bekalan beras

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah mengadakan pertemuan dengan wakil kerajaan India dalam membincangkan isu sekatan eksport bekalan beras putih dari negara berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pertemuan tersebut diadakan pada Khamis telah membincangkan langkah memastikan beras yang berada dalam pasaran dan harga yang berpatutan.

Menurutnya, keputusan daripada rundingan itu akan dijawab melalui surat dari kerajaan India pada minggu depan. 

“Perdana Menteri India telah menghantar wakil untuk bertemu semalam di KPKM bagi membincangkan isu beras putih secara kerajaan dengan kerajaan (G2G).

“Ertinya kita tidak duduk diam supaya beras berada dalam pasaran dan harga yang berpatutan. Kita harap antara G2G ini dapat meringankan bebanan atau kekurangan sementara yang berlaku sekarang ini,” katanya kepada media tempatan. 

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Mohamad menyatakan, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Kebajikan Petani India bagi menyatakan hasrat memastikan negara itu terus mengeksport beras putih kepada Malaysia.

Dalam pada itu, Mohamad turut berkongsi berkenaan usaha jangka panjang. Katanya,  KPKM akan cuba memainkan peranan bersama kerajaan negeri Sarawak dan Sabah untuk membuka ladang padi di negeri terbabit pada masa akan datang, supaya stok beras dalam negara seimbang.

Jelas beliau, pihaknya bimbang sekiranya angin kencang dan bencana melanda empat negeri pengeluar padi iaitu Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis bakal memberi masalah kepada negara pada masa hadapan berkaitan beras. 

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *