Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan wawasan ekonomi pada hari ini menerusi pelancaran EKONOMI MADANI : MEMPERKASAKAN RAKYAT.
Berikut adalah perkara-perkara penting yang hendak dicapai:
- Malaysia berada di kedudukan antara 30 ekonomi terbesar di dunia.
- Indeks Daya Saing Global di tangga ke-12 teratas dunia.
- Peratusan pendapatan buruh mencapai 45% daripada jumlah keseluruhan pendapatan; (nota: sasaran RMKe-12 adalah 40% menjelang 2025).
- Kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh mencapai 60%.
- Indeks Pembangunan Manusia di tangga 25 teratas dunia.
- Indeks Persepsi Rasuah di tangga 25 teratas dunia.
- Kemampanan fiskal dengan defisit fiskal mencapai 3% atau lebih rendah.
Anwar Ibrahim turut mengumumkan beberapa dasar jangka panjang dan sederhana untuk menyambung trajektori pertumbuhan Malaysia. Ini termasuklah:
- Kerajaan bersama dengan GLIC akan melabur RM1 bilion dana tambahan secara padanan dengan dana swasta bagi menyokong syarikat pemula tempatan dan mendorong technopreneur. Ini termasuk memastikan penyediaan dana bagi setiap fasa syarikat berpertumbuhan tinggi.
- Penambahbaikan skim pinjaman di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) dengan menyediakan jaminan pembiayaan sehingga 120% daripada harga rumah bernilai sehingga RM300,000. Jaminan 120% akan membolehkan semua kos-kos pemilikan rumah ditampung melalui pinjaman termasuk jumlah pembiayaan pokok, yuran guaman, yuran penilaian dan insurans serta pembelian perabut dan kos ubahsuai. Sehubungan itu, jaminan Kerajaan sehingga RM5 bilion akan disediakan.
- Peruntukan tambahan sebanyak RM400 juta untuk pinjaman mikro di bawah agensi termasuk SME Corp, TEKUN, MARA dan Teraju.
- Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah dengan bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.
Be First to Comment