Press "Enter" to skip to content

PM sokong penuh segala usaha pemberhentian segera pengeboman dan penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah, Mesir

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan sokongan penuh dalam usaha pemberhentian segera pengeboman dan penubuhan koridor kemanusiaan di Rafah, Mesir.

Anwar dalam hantaran di Facebooknya pada Selasa berkata, adalah penting bagi pihak Israel untuk mengetepikan sikap mereka terhadap politik perampasan, gencatan senjata serta-merta dengan Hamas dan berusaha ke arah resolusi keamanan untuk menamatkan konflik.

“Saya telah mengadakan perbualan telefon dengan Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh semalam, untuk menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi Malaysia kepada rakyat Palestin.

“Adalah penting untuk mengutamakan kesejahteraan dan keselamatan semua individu yang terjejas disebabkan krisis yang berlaku ini,” katanya.

Anwar juga berkata, Malaysia bersedia dan komited untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan dalam bentuk makanan dan ubat-ubatan untuk meringankan penderitaan dan perit kesusahan pada mereka yang memerlukan.

Sebelum ini, dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada Jumaat lepas, Anwar berkata, kerajaan akan menyalurkan bantuan RM10 juta kepada Palestin dan berharap syarikat berkaitan kerajaan dan sektor swasta dapat menyumbang bagi meningkatkan jumlah keseluruhan bantuan kepada RM100 juta.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *