Press "Enter" to skip to content

Roti canai dinobatkan roti terbaik dunia oleh Tasteatlas

PUTRAJAYA – Roti canai merupakan makanan yang sering menjadi pilihan rakyat Malaysia tidak kira pagi, petang atau malam telah dianugerahkan sebagai roti terbaik di dunia oleh Tasteatlas. 

Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial rasmi, Instagram milik Tasteatlas pada Ahad. 

Menerusi carta 50 roti terbaik dunia, roti canai berjaya mengalahkan beberapa negara popular dengan pastri dan roti antaranya roti naan yang terkenal di India.

Ini bukan pertama kali roti canai menerima pengiktirafan daripada Tasteatlas tetapi sebelum ini pada Julai lalu, ia pernah dinobatkan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia dan sekali lagi berjaya mengalahkan roti naan dari India. 

Tahun lalu juga, roti canai turut dianugerahkan sebagai ‘makanan jalanan’ terbaik di dunia oleh laman antarabangsa itu. 

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *