Press "Enter" to skip to content

Wanita sering alami masalah kencing kotor

Kredit foto: Sora Shimazaki

APABILA berbicara perihal kencing kotor, kaum hawa merupakan golongan yang sering berhadapan dengan masalah itu. 

Perkara tersebut telah pun dijelaskan oleh laman sesesawang perubatan antarabangsa, Cleveland Clinic. 

Menurut laman tersebut, dianggarkan setiap seorang daripada lima orang wanita akan mengalami kencing kotor sekali seumur hidup.

Cleveland Clinic menjelaskan, sistem perkumuhan wanita iaitu uretra (tiub yang membawa air kencing keluar daripada badan) lebih pendek berbanding lelaki dan ia juga dekat dengan lubang dubur.

Kelazimannya, pesakit kencing manis atau yang mengalami keabnormalan sistem perkumuhan akan mudah terdedah dengan kencing kotor.

Sementara itu, Center for Disease Control and Prevention (CDC) turut menerangkan, masalah itu boleh mengakibatkan beberapa bahagian di dalam sistem perkumuhan dijangkiti bakteria, antaranya pada pundi kencing dan buah pinggang.

Kredit foto: Pexel by Andrea Piacquadio

CDC memberitahu bahawa jangkitan bakteria pada pundi kencing terutamanya adalah implikasi yang acap kali terjadi disebabkan kencing kotor.

Bagaimanapun, jika permasalahan berkenaan telah melarat sehingga ke organ buah pinggang, ia tak lagi boleh dipandang remeh.

Dalam pada itu, Healthline ada berkongsi mengenai cara perawatan menangani kencing kotor adalah bergantung kepada jangkitan sama ada ia berlaku disebabkan bakteria, virus atau kulat.

Beritahu laman perubatan itu, kencing kotor yang terjadi angkara bakteria, biasanya dirawat dengan pemberian ubat-ubatan antibiotik.

“Jika seseorang mengalaminya disebabkan virus, ia boleh dirawat dengan ubat antivirus dan ubat jenis cidofovir antivirus merupakan pilihan terbaik untuk merawat kencing kotor yang berlaku angkara virus.

“Seterusnya jangkitan salur kencing yang berpunca daripada kulat akan dirawat dengan ubat antikulat,” jelas Healthline.

Kencing kotor bukanlah satu keadaan kesihatan yang boleh dipandang ringan kerana kesannya boleh menyebabkan seseorang tak selesa untuk meneruskan aktiviti harian seperti biasa.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *