Press "Enter" to skip to content

Wujud Akademi Salihin untuk bantu bangunkan profesioanal kewangan, perbankan Islam

PUTRAJAYA – Akademi Salihin diwujudkan untuk membantu menyelesaikan masalah berhubung pendidikan dan latihan bagi pembangunan profesional dalam bidang kewangan dan perbankan Islam, pengurusan perniagaan, automasi digital, analitik serta penyelesaian perakaunan. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau mengalu-alukan langkah Kumpulan Firma Salihin untuk mewujudkan akademi berkenaan sebagai memenuhi tanggungjawab sosial korporatnya dalam melatih anak muda agar lebih berdaya saing dan mempunyai peluang cerah mendapatkan pekerjaan berpendapatan tinggi.

“Saya amat berharap agar inisiatif ini dapat dimajukan dan dikembangkan lagi bagi manfaat lebih ramai rakyat tempatan khususnya dalam kalangan Bumiputera. 

“Saya juga telah dimaklumkan bahawa bermula tahun 2024, Akademi Salihin meletakkan sasaran untuk melatih seramai 60 orang penuntut yang akan menyertai program-program pensijilan profesional setiap tahun,” katanya. 

Menurut Fadillah, perancangan tersebut merupakan satu permulaan yang baik dan jika dilaksanakan dengan teliti ia boleh membuka ruang untuk kejayaan yang lebih besar menerusi jalinan kerjasama dengan universiti-universiti dan pusat-pusat pengajian tinggi tempatan. 

Kumpulan Firma Salihin merupakan sebuah firma perkhidmatan profesional bumiputera terbesar di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan berkaitan perakaunan dan pengauditan, percukaian, pengkastaman, kewangan Islam, perundingan korporat serta penyelesaian digital.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *