PUTRAJAYA – Akta baharu berkaitan dadah dijangka dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri Julai ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, akta baharu itu dinamakan sebagai Akta Penyalahgunaan dadah dan bahan (Rawatan dan Pemulihan).
“Dengan adanya undang-undang bagi jenis kesalahan dadah ditemui dalam badan baik kesalahan memiliki atau mengguna dengan kadar lebih kecil idea asal untuk tidak menganggap jenis dadah biasa dengan istilahnya ‘dikriminalisasi’.
“Saya diberi taklimat tentang perkembangan rang undang-undang berkenaan dan ia berlangsung ikut jadual.
“Sasaran kita dapat bawa dalam mesyuarat Jemaah Menteri dalam bulan julai ini,” katanya.
Saifuddin berkata, jika kelulusan diberikan oleh Jemaah Menteri, barulah pihaknya berganding dengan Jabatan Peguam Negara untuk kemukakan satu draf.
“Kalau semua berjalan lancar, bacaan kali pertama itu akan dibuat di Parlimen tahun ini,” ujarnya.
Terdahulu, beliau menjelaskan di bawah akta baharu itu nanti, penagih yang disabitkan dengan kesalahan akan menjalani rawatan pemulihan di bawah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di institusi atau komuniti.
Akta baharu ini kelak akan merangkumi aspek perundangan yang lebih komprehensif dan tersusun bagi membolehkan mereka yang menyalahgunakan dan penagih dadah dapat menerima rawatan dan pemulihan sewajarnya.
Be First to Comment