Press "Enter" to skip to content

MoU antara Sime Darby Oils, GuangXi Beibu tingkat pembelian minyak sawit negara dari China – Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA – Menerusi pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Sime Darby Oils International Ltd (Sime Darby Oils) dan GuangXi Beibu Gulf International Port Group (GuangXi Beibu) menyaksikan pembelian minyak sawit dari China meningkat kepada 500,000 tan setahun daripada 250,000 tan setahun sebelumnya.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan adanya MoU itu, ia akan menjamin kepentingan peneroka dan pengeluar pekebun kecil. 

“Kali ini adalah perjanjian tetap daripada China dan ia merupakan satu kejayaan besar kepada rakan-rakan kita yang terlibat,” katanya dalam sidang media pada akhir lawatan kerja sehari beliau di Nanning, China. 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, anggaran eksport sebanyak RM2.5 bilion dan MoU antara Sime Darby Oils serta GuangXi Beibu melibatkan kerjasama membina pusat perdagangan dan pengedaran minyak sawit ditapis dan lelemak di Qinzhou, China dengan anggaran jumlah urus niaga tahunan sebanyak 500,000 tan.

Beritahu Anwar, pertukaran MoU itu telah disaksikan oleh beberapa menteri Malaysia dan kehadirannya ke negara berkenaan adalah untuk menghadiri majlis perasmian  Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) Ke-20, dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS). 

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *