Press "Enter" to skip to content

Peruntukan khusus peralatan STEM, robotik akan diteliti dalam Belanjawan 2024 – Fadhlina

PUTRAJAYA – Peruntukan khusus berkaitan bagi perolehan peralatan melibatkan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta robotik akan diteliti dalam Belanjawan 2024. 

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat penelitian itu berdasarkan keperluan semasa di samping sebagai langkah di bawah Inisiatif Pengukuhan STEM bagi menyokong keperluan aktiviti kokurikulum di sekolah.

“Ia juga merupakan satu usaha untuk menjadikan anak muda di negara ini berilmu serta kreatif, inovatif dan mempunyai daya saing dalam aktiviti luar yang berimpak tinggi.

“KPM akan sentiasa melihat keperluan ini, jika bercakap berkaitan pembudayaan STEM, ia berkait rapat juga dengan inisiatif dan saya fikir melalui bajet itu (Belanjawan 2024) mesti mendapat sokongan,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media tempatan selepas Majlis Penutupan Pertandingan Robotik Kebangsaan Peringkat Akhir 2023 di Universiti Tun Hussien Onn Malaysia. 

Mengulas lanjut, bagi membudayakan STEM, ia perlu disusuli dengan inisiatif dan sokongan. 

Jelasnya, pembekalan set peralatan robotik ke sekolah rendah dan menengah telah memberi peluang murid serta pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara terus dalam bilik darjah selain semasa kegiatan kokurikulum.

Be First to Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *